Sayang.. what i need to tell u.. i love u damn much.. i promise i akan jaga u n cinta kita sehingga ke akhir hayat.. i teramat2 sayang u sangat2..u janji akan jaga i sehingga nafas terakhir i di pangkuan u sayang..
Sayang.. Tuhan Maha Besar dan Maha Adil dalam menentukan segala2 nya.. Segala2nya akan kita harungi bersama.. Setiap manusia tak lari dari kesilapan.. tetapi daripada kesilapan itulah yang membawa beribu pengajaran dalam menempuh hari2 yang akan datang..
Bermula daripada translator i.. n till now akan jadi bakal suami tercinta i.. Bertapa besarnya kekuasaan Allah kan Sayang.. AminYaRabbalalaminnn… Semoga Allah akan merestuai hubungan suci kita ini.. Ya Allah Ya Tuhan Ku.. Berikanlah yg terbaik dalam hubungan kami ini.. Bahagiakanlah hidup kami sehingga ke akhir hayat kami.. Aminnnnn..
Sayang.. Semoga segala kepahitan yg berlaku dalam kehidupan kita sebelum ini akan membawa berjuta- juta kemanisan di masa akan datang bersama i di sisi u n u di sisi i walau susah senang.. Dan di kurniakan cahaya mata yg comel2 like their mom.. hehehe..
Sayang.. I tak sabar2 untuk hidup bersama u, i tak sabar2 nak tgk ‘Mok n Aboh’ happy.. also nak tgk “Ma n Aboh” happy.. Happy dengan kebahagiaan kita.. itu yg mereka ingin kan daripada kita sayang.. ‘Mok n Aboh’ selalu doakan i dapat jodoh yg terbaik tuk jaga anak die. n now..Mok n Aboh dah nampak u yg sesuai tuk jaga i.. Dan jugak Ma n Aboh u jugak dah nampak i yg sesuai bersama u.. Dari situ bersemilah cinta dan bersatu lah sebuah hubungan yg akan menambah sebuah lagi keluaga dalam keluarga u dan juga i..
Sayang.. Menjelang perkahwinan kita yang akan datang nie.. Banyak2 kan kita berdoa moga2 semuanya berjalan dengan lancar.. i akan doakan yang terbaik i untuk kita dah juga untuk keluarga kita.. u akan jadi “”Papa”" n i akan jadi “”Mama”" untuk aanak2 kita nanti..
Dua hati yang terpaut kerna bujukan hati kan kekal mengidamkan kasih sayang yang tak putus. Dengan keredhaan Ilahi dan keredhaan ibu bapa akan menambahkan lagi mekar keindahan kurniaan Tuhan, iaitu cinta yang suci. Takkan ada yang dapat menghalang dua hati ini, walau segunung harta dan secantik atau seburuk godaan. Namun, memang takkan ada siapa² yang dapat menduga cubaan yang kerap kali kan muncul. Hanya dengan keikhlasan, kejujuran dan kesetiaan, dua hati ini akan bertahan subur dan harum di taman kasih sayang.
90 hari bersama dirimu sayang membekalkan pelbagai keindahan dalam diri ini. Hari ini, dikau pulang ke pangkuan. Menjanjikan berjuta kenangan yang akan kita pahatkan bersama mulai hari ini. Kita kan pohon keredhaan yang berterusan dari Nya dan dari ibu bapa kita. Kita kan teruskan juang dalam hidup yang penuh pancaroba. Kemaslahatan kasih sayang kita kan teruji, namun ingatlah pesan junjungan, “Sabar itu separuh dari iman“.
Daku kan sambut kepulanganmu beberapa jam dari sekarang. Kan ku peluk kasih yang dikau bawa bersama dari sebuah kampung yang indah di sana. Kan ku belai cinta yang dikau simpan selama kita terpisah oleh jarak dan masa. Marilah kita sama² bajai dengan kesungguhan, ketaatan dan keluhuran indahnya iman. Kerna dengan redha-Nya, kita kan sentiasa terpayung oleh rahmat kasih-Nya.
Sayangku, dirimu kan ku cintai selalu dengan cinta yang diredhai, kan ku kasihimu seindah kasih Nabi Muhammad (SAW) pada Siti Aishah, dan ku sayangimu sepenuh jiwa ragaku. Harapan kita untuk bersatu insyaAllah harus kita teguhkan bersama dengan usaha yang tak kenal erti penat lelah. Semuanya demi kebahagiaan berkekalan, duniawi dan ukhrawi. Kerna di sana nanti..dirimu lah bidadari yang terindah tercipta buatku.
Cinta ini kan kekal marak membakar dalam hati kita. Dan hari ini, ku panjatkan syukur padaMu ya Allah, kerna memberi ku peluang mengasihi diriku dan dirinya. Kita kan sentiasa mensyukuri rahmat Allah ini, rahmat keindahan kurniaan-Nya.
Sayang..selamat kembali. Kasih sayang cinta, itu lah yang kita semaikan dalam hati. Amin.
Hari keempat..sejak berangkat pulang dr Kg.Laloh dan semua kenangan indah disitu.
Rasanya bagaikan dah berpuluh hari berlalu, walhal hanya empat hari. Tiap detik berjauhan mengajar kita untuk lebih menghargai diri masing². Banyak yg telah kita pelajari semasa diri ini berada di teratak kediamanmu yg selesa di kampung. Kuala Krai adalah suatu tempat yg sgt asing bg diri ini. Tak pernah berkunjung secara luas di Kelantan, dan penerimaan takdir Ilahi menentukan jodoh I di sana. Asing, tapi sambutan terbuka oleh Mok dan Aboh sgt mengharukan diri ini.
Dalam masa empat hari, pelbagai rasa melanda diri. Rindu, cinta, sayang dan rasa kehilangan. Hanya 3 hari berada di sana benar² membuka minda dan hati. Terasa seperti kita berada dlm hubungan yg indah dan selesa. Dan I benar² gembira berada di sana. Ingin benar pulang lagi ke sana..insyaAllah!
Sayang, hati ini sgt merindui belaian, sentuhan, gelak tawa, gurauan, jelingan, kasih dan renungan matamu. Kapan bila lagi akan kita ketemu, menyatukan dua hati yg saling berbisik kata rindu. Moga Allah mengizinkan. Cinta ini makin hari makin membara dalam hati I. Biar jauh, kita tetap kan terhubung melalui gelak tawa dan kata-kata yg bermain di ruang komunikasi. Hingga masa menentukan kita kembali ketemu, akan diri ini sentiasa merindui, menyayangi dan menyintaimu.
Bisikkan lah kata rindu itu pd hati..bisikkanlah sayang.
Di sana pungguk menanti
Mengharap bulan membalas rindu di hati
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran
Tanpa manis madah
Janji yang puitis
Tuk persembahan
Hanya ketulusan
Sekeping hati suci
Aku…Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku…Berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku…Sayang dirimu (menyayangimu)
Biarpun nafas ku sampai terhenti
Akan ku kota janji kita
Mendirikan Taj Mahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya
Terasa indah pabila berdua
Semakin tiba saat bahagia
Merai cinta kita
Penyanyi: NUBHAN
Komposer : Zeti Akmar
Penulis Lirik : Abie Abdullah
———————————
* Poohbear..this song perfectly described my feelings towards you. Of how much you meant to me. Of how much I really love you..